Jumaat, 11 Mei 2012

Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012

Assalamulaikum dan salam sejahtera...

Anda berbakat besar dalam bidang penulisan ? Ini berita baik kepada pelajar sekolah seluruh negara. Ayuh sertai Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2012 ini yang merupakan anjuran bersama Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Usah pendamkan kemahiran penulisan karya anda seorang diri dan kini adalah masa anda untuk membuktikan anda seorang bijak berkarya. Berikut ialah syarat dan terma bagi pertandingan edisi kali 2 yang berubah dari segi percaturan kategori dan tajuk.



MAKLUMAT AM PERTANDINGAN
  • Pertandingan ini terbuka kepada pelajar bagi sekolah rendah tahun 3-tahun 6 bagi kategori A , pelajar tingkatan 1-tingkatan 3 bagi kategori B , manakala pelajar tingkatan 4 -tingkatan 5 bagi kategori C.
  • Pertandingan ini bermula pada 1 Mei 2012 hingga 15 Jun 2012.
  • Peryertaan ini dalam bahasa Melayu sahaja.
  • Setiap penyertaan mestilah menepati tajuk yang diberikan mengikut kategori seperti berikut:
         i. Sekolah Rendah (Tahun 3 hingga Tahun 6)
           
         Tulis sepucuk surat kepada rakan anda untuk menceritakan tentang amalan berbudi bahasa yang diamalkan dalam kehidupan seharian anda.
        ii. Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3)
Tulis sepucuk surat kepada datuk anda tentang kebaikan penggunaan internet dalam kehidupan seharian pada hari ini.
        iii. Sekolah Menengah Atas (Tingkatan 4 dan Tingkatan 5)

Semangat kejiranan kian pudar dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tulis sepucuk surat menceritakan peri pentingnya semangat hidup berjiran dan harapan anda kepada rakyat Malaysia.
  • Format penulisan adalah surat tidak rasmi.
  • Keputusan hakim adalah muktamad.
  • Setiap surat penyertaan secara automatik menjadi hak milik penganjur.

 TERMA & SYARAT
  • Peserta pertandingan mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  • Setiap pelajar hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  • Penyertaan mestilah sampai ke pihak penganjur selewat-lewatnya pada 15 Jun 2012.
  • Isi kandungan surat terbabit perlukan seiring dengan tema yang ditetapkan.
  • Surat yang dihasilkan mestilah bertulisan tangan yang kemas dan mudah dibaca. Cetakan komputer ataupun sebarang alat taip tidak dibenarkan sama sekali.
  • Surat yang dihasilkan mestilah menepati patah perkataan seperti di bawah;-
Kategori A = 200 - 350 patah perkataan.
Kategori B = 500 - 750 patah perkataan.
  Kategori C = 850 - 1000 patah perkataan.

  • Setiap penyertaan perlulah diposkan ke ;-
Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012
P.O. Box 1000
50796 Kuala Lumpur
Malaysia.

  • Nyatakan bersama dengan surat penyertaan tersebut ialah tambahan sampul surat bersaiz A4 dan kepingan setem RM 0.80 dan alamat kediaman anda sendiri untuk urusan penghantaran sijil penyertaan.
  • Setiap penyertaan akan menerima sijil penyertaan.
  • Setiap penyertaan mestilah mendapat pengesahan ( cop rasmi ) dari pihak sekolah.
  • Sila nyatakan juga jenis kategori anda pada sebelah kiri sampul surat anda.
  • Sijil tidak akan dihantar jika tiada setem RM 0.80, alamat rumah anda sendiri, dan sampul surat A4.
  • Borang penyertaan juga boleh didapati di laman web Pos Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
SISTEM PERMARKAHAAN

                      a )  Definisi tajuk                    10 m
                      b)   Idea                                   40 m
                      c)   Bahasa                              30 m
                      d)   Olahan                              20 m
                                                                 _________
                                                                 100 Markah

SENARAI HADIAH PEMENANG

* Sila rujuk pada laman sesawang SKMM atau POS MALAYSIA.

KERAGUAN ANDA
 
  • Sebarang kekeliruanan, anda boleh menghubungi ;_
Sekteriat
Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012
Bahagian Komunikasi Koparat
Pos Malaysia Berhad
Tingkat 7, Ibu Pejabat Pos Malaysia
Kompleks Dayabumi
50670 Kuala Lumpur
Malaysia

Facebook = facebook/surat1Malaysia



# ... anda tunggu apa lagi ? Jom cepat-cepat mengarang..

3 ulasan:

  1. Pembaca budiman...

    Borang penyertaan bagi Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia boleh di download di
    http://www.pos.com.my/pos/about_us/update/update6.aspx

    BalasPadam
  2. salam..keputusan peraduan bilas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keputusan Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia 2012 dijangkakan akan diumumkan pada bulan Oktober ini.

      Padam